Monday, 11 April 2011

Kenapa kita perlu jaga adab di fesbuk!

Ramai orang selalu memberi teguran kepada wanita agar jagalah aurat anda sekiranya ingin meletakkan gambar di laman sosial seperti faceebook, myspace dan lain-lain.. tapi torox rasa, sekarang ni orang dah muak dah dengar benda macam tu.. so diorang takkan peduli dengan nasihat macam tu.. ada juga torox tengok orang buat video nasihat untuk kaum wanita agar menjaga aurat, lepas tu owner boleh pulak kena bantai dengan reader dan viewer.. kah kah kah.. orang melayu ni memang susah nak nasihat..




ok.. sekarang dari pandangan torox pulak.. kenapa kita perlu jaga adab di laman-laman sosial.. pernah berlaku kepada kawan punya kawan torox lah.. dimana, si perempuan ni meninggal dunia dan akaun friendster.com dia tak private.. lepas tu kawan torox cakap la "wei, hang tau dak lagi sipulan sipulan ni meninggal dunia?" torox bagitau la kat kawan torox, "siapa tu? kawan torox cakap aku tak ingat laa.. dia ada akaun laman sosial tak? bagi aku tengok muka dia kot-kot aku kenal"..

bila kawan torox bagi link akaun si perempuan yang meninggal tu, ya allah.. mintak simpang berlaku kat torox.. dengan gambar peluk-peluk cium-cium dengan boyfriend.. gambar nampak lurah, gambar tayang tetek, gambar boyfriend pegang botol semuanya ada dalam akaun perempuan tu.. ASTAGHFIRULLAHALAZIM.. kesian si mati.. sebab benda yang mengaibkan dia boleh dibaca dan dilihat oleh orang ramai.. tapi bagus gak jadi pengajaran untuk orang lain.. kah kah kah..

dahlaa status dia semua ayat-ayat jiwang yang mengelikan jiwa.. gambar dengan famili takda langsung.. mesti famili dia kecik hati kalau tengok akaun si mati tu.. ditambah pulak dengan ayat-ayat status seperti "woi perempuan bitch! yang kau sebok-sebok nak kacau bf aku apasal? aku tau la bf aku hensem.. jangan sebok kacau rumah tangga orang boleh tak?" kah kah kah.. kawin pun belum lagi dah bajet mendirikan rumah tangga.. kesian si mati..

jadi kepada korang semua tak kiralah laki ka perempuan, jagalah adab.. akhlak mencerminkan peribadi seseorang.. tapi kalau ada jugak yang nak letak gambar separa lucah korang kat laman sosial, terpulang kat korang.. bagus la sebab korang ada cita-cita untuk jadi contoh kepada yang masih hidup agar sentiasa takutkan mati.. ha ha ha.. dan satu lagi, beware! sebab ada manusia yang rajin untuk meluangkan masa mengedit video percuma untuk anda.. kah kah kah..


p/s - jadikanlah pengajaran bersama


4 comments: